klasik kalbu

klasik kalbu

| mykedah | mymkkk | el ittihad groups | thaqofah |

Wednesday, September 26, 2007

Sempena Ramadhan Almubarak


Ramadhan Menjenguk Penuh Senyuman
Mengetuk Pintu Kehidupan Harian
Limpahan Nikmat Berganda Disediakan
Kegembiraan Buat 'Abid Yang Menantikan
Terisi Waktu Hamba Yang Kelalaian

Bulan Zikrullah Juga Istighfar
Penghilang Haus Hamba Yang Sabar
Penjinak Nafsu Hati Yang Liar
Penyejuk Ammarah Jiwa Yang Tegar
Mengingatkan 'Abid Keagungan Al-Ghaffar

Dengan Kebaikan Penuh Sinaran
Fitrah Menyucikan Harta Kekayaan
LailatulQadar Istimewa Anugerah Tuhan
Diiring Hiasan Seri Nuzul Alquran
Ganjaran Amalan Seribu Bulan

Bulan Penyuluh Bagi Yang Bertaubat
Tadarus Pengiring Malam Yang Pekat
Tersirat Hikmah Perintah Syariat
Bermula Segenap Silih Ummat
Pada Taqwa Yang Menjadi Matlamat

Demikian Hari-hari Yang Barakah
Pada Permulaannya Yang Rahmah
Pertengahannya Menyajikan Maghfirah
Mudahan Pengakhirannya Di Neraca Hasanah
Tercalon Untuk Menduduki Jannah

Sunday, March 19, 2006

Maha Suci Engkau Wahai Al-Khaliq


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, peralihan malam dan siang menjadi satu petanda bagi orang yang mahu berfikir"

Pada tahun 2002, pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput seorang penceramah (Ustaz Abdullah Mahmud).Diantara kata-kata yang disampaikan didalam ceramah beliau:

"Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia,Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah"

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya, seorang profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekalian.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun lalu menunjukkannya, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah..cantik.
Lalu profesor bertanya "Siapakah diantara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".
Hadirin semuanya terdiam, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.Semua
hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.Lalu seorang sukarela bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan pada skrin, nampak molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah.Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya"

Saturday, March 18, 2006

Nur Muhammad s.a.w di Madinah

Secarik Wajah Kekasih

(buat Rasul Agung yang dihina)

Ku renungi lakaran itu
Tersirat penuh penghinaan
Wajah penuh kerutu
Jambang dikerumuni lalat
Serban menyapu debu
Luluh hati tidak tertahan
Menyaksikan temasya sang laknatullah
mencarik wajah kekasih Allah

Andainya
Masih berdengus nafas Umar
Tunggulah pacuan kudanya
Melintasi benua kuffar
Ditangan pedang yang bersinar
Percikkan darah kan memancar

Akan adakah
Generasi mutakhir ini
Segarang sebengis Al-Farouq
Tatkala rasul disakiti

Fidaka Ya Rasulallah
Inilah yang dapat kupersembah
Mendepani bangsa yang lelah
Biasan nurmu yang menjengah
Sesuatu yang kau bawa bernama Risalah

abd aziz ahmad -11.30 mlm-

"Air tawar yang segar didasar lautan"


Jika anda termasuk penggemar siri televisyen "Discovery" pastinya mengenali Mr.Jacques Yves Costeau.Beliau seorang ahli kajilaut (oceanografer) dan penyelam terkemuka dari Perancis.Sepanjang hidupnya, beliau telah menyelam dibeberapa lautan dalam dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dibawah laut untuk dipertontonkan kepada jutaan manusia seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan penjelajahan didasar laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar dan segar yang sangat sedap rasanya, tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu mendorong Mr. Costeau untuk mengkaji penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan itu. Pada mulanya berliau menganggap itu hanya khayalan sewaktu menyelam.Namun beliau belum mendapat jawapan apa yang dirungsingkannya itu.

Sehinggalah pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada mafhum ayat Al-Quran tentang pertemuan dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentitikan dengan Terusan Suez. Ayat itu bermaksud "Dia(Allah) membiarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak dapat ditembus" Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya dilautan yang dalam.Pada Beliau, ayat Al-Quran ini mustahil disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang belum ada peralatan menyelam yang canggih untuk menuju lokasi yang jauh didasar lautan.

Sememangnya suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang lalu akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahwa Al-Quran sememangnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar.Tidak lama kemudian beliau pun memeluk Islam. Subhanallah...Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena tersebut.Benarlah firmanNya yang bermaksud "sesungguhnya engkau(wahai Muhammad) tidak akan sekali-kali dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sayang akan tetapi Allah jua yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya"

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah mengingati mati dan membaca Al-Quran."

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)